hari aku tiba tiba nak kongsi satu lagi benda yang buat aku tiba tiba macam ok nak tulis jugak kat blog , disebabkan memang tengah practikal kat wad orthopedik lelaki , memang tak payah ceritalah semua penuh dengan accident lah kan , (maaflah aku memang suka cerita pengalaman aku kat dalam wad , seronok lah jugak , badan separuh mati penat pun ye jugak :)
ok sekarang kalau pergi mana mana , terutama kat kawasan kampung aku kalau nampak budak naik motor , aku akan macam woaaah , budak kecik ni dah pandai bawak motor lah sey , macam tulah aku akan cakap kat ayah atau kat kakak katik aku , bila nampak budak budak bawak moto dengan lajunya, aku ni harap je ada lesen motor tapi haram tak pernah nak bawak motor . terbaik tak ? kihkih . so back to the point , bila dekat wad aku akan suka tanya , kenapa kaki patah ni ?
patient pun jawab , biaselah eksiden , selalunya kat wad aku ni ramai patient yang berlanggar motor dengan kereta , lepas tu patah riuk , kaki masuk besi , sakit meraung raung kat dalam wad ,( ok ni kadang kadang je )
satu hari ni , ada satu patient , budak lelaki 13 tahun kalau orang tengok badan memang ingat baru darjah 3 or darjah 2 , sebab badan kecik je , aku pun mula mula ingat dia darjah 4 =___='
ok then aku tanya ,
kenapa ni dik ?
hmm kena langgar la kak .
oh kau jalan kaki ke ? moto langgar kau ?
taklah kereta langgar saya kak , saya naik motor .
*speechless* oh kau biar betul naik motor ?
mestilah kak ,
serius akak tak caye , akak dulu dulu masa umur kau , pandai naik basikal je kot , nak pergi dekat motor pun takut , sebab ekzos panas. kau pandai betul ea , sape ajar kau ?
saya belajar dengan kawan kawan je .
peh apa lah kau dik , tengok sekarang kaki dah kena masuk besi besi ni , lepas ni nak bawak motor lagi ke ?
tak lah kak , tanak dah ,
alah kau baru 13 tengok nanti umur dah 17 , merempit terus kang ?
betul kak , tak nak lagi dah ( tersengih sengih macam kambing )
macam kelakar pun ada jugak , kalau dulu aku dengan jiran jiran aku suka je main basikal , syok woah , dulu dulu basikal lah paling fofuler , sampai aku hentak hentak kaki guling guling nak basikal ( ok tipu lagi ) muahahhaa
zaman dah maju kan ? semua pakat nak maju jugak , budak budak nak main dengan motor je sekarang, budak tu pun cakap jugak dengan aku ,
apa barang kak naik basikal , sekarang naik motor lah . naik basikal macam budak kecik je
nak aje aku cakap alah mengorat pun tak pandai ada hati nak cakap besar besar . HAHA.
ni meh kakak misi nak bagi nasihat , bukan setakat kat budak budak je , kat mak bapak budak pun gua nak bagi jugak nasihat , kalau budak budak ni nak bawak motor ke hape ke ? sila lah larang sekeras kerasnya. sebab sakit , aku tahu sakit , nanti masuk wad bila dah patah sana sini , kalau masuk besi macam ni
suka tak bila kena macam ni ? ni baru tangan , belum tengok kaki . tanak aku upload banyak banyak nanti semua rasa tanak baca blog aku lagi ;0
wahai sesiapa yang rasa tade lesen tu , sila lah tunggu besar sikit ke , pergilah ambil lesen motor , lepas tu naik lah moto suka hati , kalau ni. haihhhh
aku memang taksuka kalau budak budak kecik ni main motor , aku tak tahu dah nak cakap apa , ok lah , dah taip panjang rasanya , ni nasihat terakhir kakak misi ye , silalah jaga kesihatan , yang dah besap panjang tu pun , bawaklah motor ke kereta ke baik baik . ;)