nak tulis entry panjang , tangan dah ketaq ketaq dah ni nak tulis. bukan bosan pun sebenarnya , feels really good bila ada kat rumah , boleh suka hati nak buat hape , boleh merayap tak ingat dunia. boleh keluar g dating suka suka hati , ok fine dah start rindu balik .
ok back to the blog , sila tengok entry entry sebelum ni , mak aihh penuh gila kan dengan gambar , aku rasa bila macam nak muntah pun ada , aku ni sibuk , macam perdana menteri , sebab tu tak update yang panjang panjang , cukuplah entry bergambar , senang upload lepas tu blah , tayah buat entry panjang panjang .
kenapa sekarang , ramai pakai selendang , adakah tudung bawal sudah dilupakan ?
ok memang tak menahan apa yang aku nak buat hari ni , cuba tengok sekarang , ramai kan yang pakai shawl, tudung yang empat segi , kita kena lipat jadi 3 segi tu , jarang , eh memang ada pun yang pakai , cuma , aku pun macam kelam kelip je nampak , tak selalu nampak , sekarang kan shawl dah ada macam macam colour , yang macam sisik ikan pun ada , warna pelangi , warna ada tone , eh macam macam lah, sebab tu mungkin tudung empat segi itu ditinggalkan . sebab kalau dimana mana pun tudung macam ni cuma ada satu colour je , plain lah kot senang cerita , yang ada tone , macam sisik ikan ke . aku jarang jumpa , tak pernah lagi rasanya nampak orang pakai .
lagi satu kalau tengok tudung bawal ke hapa ke , macam tarikan dia , ada manik manik , eh ada bling bling , aku pun macam tak berapa minat dah dengan tudung ni , tapi disebabkan kalau disebabkan , aku pakai uniform misi tu nak pergi kelas dan pergi kerja , so memang tudung bawal putih jelah , jarang dah pakai kalau keluar ,
ok meh akak nak ceghita meh , bila startnya kepala akak gatal gatal nak pakai shawl .
first , oh sila tengok muka gua yang agak dolu dolu neh ,
[gaya biasa , orang johor , pakai tudung depan depan , lepas tu anak tudung kedepan , menutupi dahi , lepas tu pin dua dua kat bahu , gerek lah tu dulu.ehem ]
[ ni lagi muka tak ikhlas , masa aku tingkatan 5 kalau tak silap tahun lah kan .]
[ gambar hari raya sebelum spm , ngindu pulak masa tu , tengok muka aku tetap paling baik , kannnnn ? tetap , kan aku dah cakap , dolu dolu , pakai tudung bawal cukuplah , shwl pun tak tahu menatang apekan ]
ok dah cukup lah 3 gambar aku letak gambar aku , nanti kang banyak banyak aku letak , eh malas nak ceghita. HAHA. so proceed , lepas aku pakai tudung bawal , lepas spm tak silap aku yuna fofuler , masa tu kalau tak silap aku , ramai yang dah mula berjinak jinak nak pakai selendang , ramai yang tak berani nak pakai sebab , sebelum pakai dah cakap muka bulat macam doremon , adohai , kalau nak mencuba bukan kena berani kan , hadek hadek kakak kakak semua :)
aku try pun lambat jugak , macam 3 bulan eh 2 bulan sebelum aku sambung belajar , dulu dulu g kerja pun pakai tudung biasa ,
lepas tu mulalah berangan pakai shawl , oh shawl aku pakai first first jenis pashmina , sila lihat bawah :)
[ masa ni aku entahlah mana punya lokasi pun aku tak pasti]
[ muka suci ni tak payah lah percaya , jerawat setambun , aku dulu masa sekolah , jerawat tu , kawan baik memang terbaik lah senang ceghita kan -__-' , oh ni pakai shawl yang lembut tu , muka aku pun lembik , ]
[ sila lah pengsan , aku memang suka berangan , apa guna jadi perempuan kan ? . oh ye lupa nak bagi tahu , shawl yang tersangat santek ni , masa tu aku beli dengan cik MiraUttika
sebab aku rasa masa tu tersangat malas nak pergi cari shwl kat kedai , ada cik mira , beli jelah dengan dia :) santek kan kan ?. ]
[ lepas tu start lah pergi kenduri kahwin , pergi kenduri kendara , aku pakai shawl , oh manis kan . ? dengan kebaya pendek tu ha. HAHA ]
[ keluar pergi jalan pun pakai , eh , perlu ke nak cakap jugak -__-' ]
ok ok , dah ye , lepas tu bila zaman cik IreneNadiaMarcello tu haa , ramai orang pakai tudung macam dia jugak kan , dulu aku rasa , haish , asallah ramai yang pakai tudung hendon ni kan , apehal lah kan , aku pun , ehem ehem , mengata mengata , last last aku jugak yang pakai , oh zaman pakai tudung arini ni kan ( masa tu kan sibuk dengan cirita indonesia yang ada watak nama ibu arini , ingat tak ingat tak ? ) so macam sedikit glamor lah , mak aku pun tinggalkan tudung bawal yang bersegi empat itu dan terus pergi ke kedai tudung Ariani , dan borong banyak banyak tudung kat situ , mak aku peminat setia , aku cuma menumpang je pakai , sebab nampak mudah , serius kalau ada emergency senang , tarik tudung , pakai trus blah , tak payah risau nak pakai pin ke , brooch ke , nak betul betulkan ke , sarung je , aku pun ada , dating first time pun pakai tudung sarung je haa. HAHA, tetap kaler hitam jadi favourite :)
[ pergi genting woo , haih aku rindu doe nak pergi genting , lama tak pergi ;( ]
[ oh gambar ni , aku ada nampak mamat hansem sebenarnya , saja nak cover cun kan. HAHA ]
[ masa raya tahun lepas pun , aku masih pakai tudung hendon ni lagi . aku suka , sebab cantik , semua aku rembat mak aku punya , cayalah ibu ]
[ see , kan aku dah cakap , pergi dating pun , pakai tudung neh , baguslah , depan boyfren tayah lawa lawa , bila dah kawin jadi laki , baru melawa, eh betul ke ? takut laki lari kot . haha . ok abaikan -__-' ]
[ senang bila ada kenduri , tengok tengok ;) ]
ok selepas tu mulalah , ada inner tudung kan , ingat masa mula mula , macam wah cantiknya bila pakai inner ni , wah wah wah , semua pakat nak pakai inner tudung tu kan , sebelum aku jumpa ayunnar ni , aku tengok tengok kat kedai semua inner tudung , lekat kat dahi , bila tengok orang pakai , eh cantiknya , nak try jugak , bila aku try , hampeh muka macam pinggan lekat kepala , serius tak suka , lepas tu aku jumpa ayunnar punya website , and inner dia jenis tak lekat kat dahi , sangat selesa pakai kat kepala , plus kain dia bukan jenis cotton , kain dia jenis jersey, aku pun terus online beli, cantik sangat colour inner dia , kalau sesiapa nak survey and nak beli sekali , tengoklah wesite neh www.ayunar.biz ( click je kat link tu ye adik adik semua )
inner dia memang cantik, serius cantik ,
[ masa drive pun aku boleh lagi berangan ,kalau eksiden , memang padan dengan muka aku ]
[ colour merah , awww , aku suka sangat ;) ]
so the conclusion here , sekarang trend tudung memang dah makin maju , banyak sangat tudung , oh kat sini tiba tiba aku nak bagi nasihat sikit , kalau keluar tu nak pakai selendang , toksah lah yang jarang jarang nampak leher, sama jugak macam tidak memakai tudung , aku tahu , memang banyak sekarang shawl yang jaring jaring , yang boleh pergi menjala tu , shawl yang jenis jarang gila gila , pandai pilih ye kawan kawan , bila nak beli tu , carilah yang sesuai , lepas tu kalau pakai baju tu juga , toksahlah yang pendek sangat lengannya , macam pakai sleeveless je nampak , tak sesuai kan kalau orang pandang , oh ye kalau yang jenis kalau keluar suka berfashion tu , aku suka sangat , diorang pakai berfesyen pun tutup aurat semua , lepas tu tak pakai pendek pendek , sopan je , tapi tetap ada jugak yang pandang serong .
aku pelik betul . zaman sekarang kan , mulut orang susah nak tutup , teruskan pakai yang sopan sopan ye , ingat bila orang pandang kita , dia tengok pakaian kita , dia dah boleh tau kita macam mana , pakaian kita , wajah kita .
aku pun tak sempurna jugak , aku cuma manusia biasa , ;)
bagi aku nak pakai shawl , paling senang , tak sampai 2 minit pun lilit lilit semua ni ;)
sayang , AY
2 comments:
kitaa sokong sangat-sangat. shawl senang je lilit2. Orang je pandang remeh. Heeee.
yep yep , lepas tu banyak boleh pilih :)
Post a Comment